Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009, SELAMAT DATANG 2010.
Kami dari Unit Kawalan Kredit & Penguatkuasaan MARA Negeri Johor mengucapkan selamat tahun baru kepada mereka yang melayari blog ini.
Pada tahun baru 2010 dengan melancarkan penulisan Blog ini , ianya adalah sebagai langkah pertama unit kami ke arah peningkatan mutu kerja kami pada tahun 2010. Blog ini dapat memudahkan penyampaian maklumat dan mendekatkan lagi unit kami dengan wagakerja yang lain.
Semoga tahun baru ini membawa perubahan kepada kita semua, Insya'Allah...
Sekian.

Rabu, 30 Disember 2009

MERANCANG PERCUTIAN TAHUN 2010?




JADUAL PELEPASAN AM PERSEKUTUAN DAN NEGERI 2010
BAGI KAKITANGAN KERAJAAN DAN SEKOLAH SELURUH MALAYSIA


Tiada masa bersama keluarga? Rancang cuti anda bersama keluarga pada tahun hadapan. Pasti maklumat yang di paparkan ini penting bagi anda untuk menguruskannya. Hanya dengan memilih tarikh yang sesuai pastinya percutian anda lebih bermakna.


SELAMAT BERCUTI!

LAPORAN KEMBARA KUTIPAN NEGERI JOHOR 2009




LAPORAN TERKINI KEMBARA KUTIPAN DI SETIAP DAERAH SELURUH JOHOR TAHUN 2009.


Laporan terkini hasil yang diperolehi sepanjang Kembara kutipan dijalankan oleh UKKP MARA Johor pada tahun 2009. Percapaian ini membantu hasil kutipan yang sedia ada dengan inisiatif yang di buat. Ianya berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya dengan menggunakan pendekatan ini peminjam akan rasa lebih dekat dan dapat memberitahu masalah yang dihadapi dalam perniagaan mereka. Kaedah ini didapati berjaya meningkatkan kutipan di daerah-daerah. Pejabat MARA Daerah juga banyak membantu dalam melaksanakan kaedah baru ini yang dikanali Kebara kutipan (Turun Padang) atau Klinik kutipan untuk memulihkan usahawan yang bermasalah.


TARIKH PEMBAYARAN GAJI TAHUN 2010




INGIN MERANCANG KEWANGAN TAHUN 2010?


Bagi anda yang ingin merancang kewangan anda pada tahun hadapan bolehlah menggunakan maklumat ini sebagai panduan buged anda.


Perancangan yang bijak membolehkan anda menguruskan kewangan anda pada masa hadapan dan memupuk budaya berjimat cermat serta menabung.


Terima Kasih.

Selasa, 29 Disember 2009

PRESTASI KUTIPAN PEJABAT MARA DAERAH 2009



Inilah hasil usaha semua bagi tahun 2009. Sepanjang 11 bulan tahun 2009 yang dapat di capai dengan pelbagai cara dan kaedah yang telah diguna bagi memenuhi sasaran yang telah diletakan.
Kita harus melipat gandakan usaha dengan pencapaian yang kita perolehi pada masa sekarang. Bukanya hanya setakat merasa selesa atau berputus asa dengan apa yang ada pada tahun 2009. Diharap pada tahun 2010 dapat mencipta perubahan yang lebih mengejutkan ke arah peningkatan prestasi MARA Negeri Johor.
Sama-samalah kita lihat apa yang dapat kita sajikan untuk tahun baru ini, adakah pencapaian kita lebih teruk dari tahun sebelum, sama atau lebih baik lagi dengan apa yang kita lakukan nanti.
sekian...

Isnin, 28 Disember 2009

LAPORAN 30% DAERAH




Laporan terkini pencapaian setiap MARA Daerah bagi bayaran 30% di Negeri Johor untuk makluman semua. Sebarang semakan maklumat lanjut sila rujuk dengan UKKP MARA Johor.

PROMOSI 30% AKAN BERAKHIR......


Promosi 30% diskaun untuk bayaran balik MARA Johor akan berakhir tidak lama lagi. Tapi kesedaran untuk merebut promosi bayaran ini masih kurang dan tidak mendapat sambutan yang menggalakan. Walaupun pelbagai promosi telah dilakukan oleh MARA Johor seperti iklan di radio, risalah dimasjid, tempat letak kereta, banner & banting dan pelbagai lagi. Adakah ianya akan diteruskan lagi pada tahun hadapan? sama-samalah kita nantikan dan lihat, pada tahun 2010.