Khamis, 19 Mei 2011

PEMBUKAAN KAUNTER BAYARAN SETIAP SABTU




MARA Negeri Johor telah mengambil langkah proaktif ke arah mendekati peminjam-peminjam MARA dengan menyediakan kemudahan pembukaan kaunter bayaran pada setiap hari sabtu yang telah di buka bermula 16 April 2011 yang lalu. Pada masa sekarang sebagai permulaan kaunter bayaran ini dibuka pada pukul 08.30 pagi hingga 01.30 tengah hari.

Kemudahan ini bagi memudahkan lagi peminjam-peminjam membuat bayaran seperti bayaran sewa, pembiayaan perniagaan, pinjaman perniagaan, pelajaran dan khidmat nasihat. Perkhidmatan yang disediakan ini adalah inisiatif bagi rungutan orang ramai dan peminjam yang mengatakan sukar untuk mendapatkan perkhidmatan MARA pada hari bekerja kerana sibuk atau sukar untuk mencari masa yang sesuai untuk membayar pada waktu kerja. Dengan adanya kemudahan ini tiada lagi alasan untuk tidak membayar, walaupun telah ada pelbagai kemudahan lain yang disediakan seperti internet Banking, pembayaran di pejabat Pos, dan 'Bill Collector'.

Pembukaan kaunter ini adalah sebagai permulaan untuk memberi lebih kemudahan kepada orang ramai.

Komen dan pendapat anda diperlukan untuk penambahbaikan.


Rabu, 18 Mei 2011

UKK family Day




Telah diadakan di Telok Gorek, Mersing, Johor pada bulan April 2011 yang lepas. Ianya bagi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan sesama rakan sekerja dan antara ahli keluarga masing-masing. Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh semua kakitangan UKK kerana adanya komitmen dan kesediaan setiap ahli dalam menyumbang wang dan tenaga untuk melicinkan program ini.

Selain itu program ini juga diadakan bagi menghilangkan tekanan dalam menjalankan kerja seharian di pejabat. Program ini mendapat respon yang baik daripada kalangan ahli yang mengikutinya. Semoga lebih banyak lagi program seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang dan meningkatkan produktiviti kerja semua ahli.


KINI BERWAJAH BARU

BLOG ini akan berwajah baru sempena tahun yang ke-2. Lebih segar dan ceria selain mesra pengguna. Pihak kami cuba untuk menaiktarafkan dan 'update' maklumat-maklumat terkini dari masa ke semasa. Diharap memberi maklumbalas kepada kami.

sekian, salam inovatif ...