BAGI TEMPOH 1 SEPTEMBER HINGGA 31 DISEMBER 2009
Sepanjang tempoh promosi 30% ini sebanyak RM 1,843,431.07 telah berjaya dikutip dari 288 orang pelanggan.
BAGI TEMPOH 1 JANUARI HINGGA 31 JANUARI 2010
Sementara itu kutipan untuk promosi 30% lanjutan tempoh tambahan 1 bulan setakat 28 Januari 2010 ini sebanyak RM 307,531.32 telah berjaya dikutip dari 34 orang pelanggan.
Jumlah kutipan sepenuhnya akan dikemaskini pada 1 atau 2 Januari 2010.
Sekian, harap maklum
Khamis, 28 Januari 2010
PRESTASI KUTIPAN BAYARAN BALIK MARA NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2009
Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2009, MARA Negeri Johor telah berjaya mendapatkan kutipan bayaran balik pinjaman dan pembiayaan sebanyak RM 40,494,637.00. Sementara itu bagi kutipan bekas penyewa pula sebanyak RM 91,792.00
Setelah bekerja keras sepanjang 2009, MARA Negeri Johor berjaya mendapatkan kutipan tersebut. Unit Kawalan Kredit & Penguatkuasaan dengan dibantu oleh daerah-daerah di seluruh Johor telah berusaha untuk mencapainya.
Pada tahun ini UKKP akan melipat gandakan lagi usaha, kaedah, dan pelbagai program untuk mendapat kutipan yang lebih tinggi dari tahun 2009, Isya'Allah... sama-samalah kita doakan..
pelbagai cadangan dan komen mengenai usaha ini boleh la diberi melalui blog ini, atau emailkan.

Corporate Culture
Inilah ragam dalam pekerjaan kita seharian di mana-mana organisasi kita kena menerima keadaan kita seadanya.
Adakah kita bersetuju dengan ini? atau kita sendiri yang perlu mengorak langkah kita dahulu. Merujuk kepada teori ekonomi kita ini boleh menjadi salah satu daripada pekara berikut peneraju/ pemimpin, ikutan atau pemerhati. Dibahagian manakah kita .....
Sama-samalah kita renungkan diri kita sendiri. Mengikut pepatah Melayu lama mengatakan "tepuk dada tanya selera." tapi adakah itu kehendak kita?
Segala perubahan di tangan anda sendiri. Insya'Allah...
PELANCARAN BULETIN EDISI BARU
BULETIN CENDERAWASIH
Keluaran edisi terbaru yang akan dinantikan oleh segenap lapisan wargakerja MARA negeri Johor, akan dilancarkan tidak lama. Kulit hadapan yang lebih segar dan inovatif bagi azam tahun baru dengan maklumat penyampaian yang lebih menarik.
Adakah keluaran ini akan memberi impak kepada buletin sebelum ini? jawapannya ada ditangan anda....
Sama-samalah kitan nantikan pelancaranya...
Selasa, 5 Januari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)