Khamis, 28 Januari 2010

PRESTASI KUTIPAN BAYARAN BALIK MARA NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2009

Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2009, MARA Negeri Johor telah berjaya mendapatkan kutipan bayaran balik pinjaman dan pembiayaan sebanyak RM 40,494,637.00. Sementara itu bagi kutipan bekas penyewa pula sebanyak RM 91,792.00

Setelah bekerja keras sepanjang 2009, MARA Negeri Johor berjaya mendapatkan kutipan tersebut. Unit Kawalan Kredit & Penguatkuasaan dengan dibantu oleh daerah-daerah di seluruh Johor telah berusaha untuk mencapainya.
Pada tahun ini UKKP akan melipat gandakan lagi usaha, kaedah, dan pelbagai program untuk mendapat kutipan yang lebih tinggi dari tahun 2009, Isya'Allah... sama-samalah kita doakan..
pelbagai cadangan dan komen mengenai usaha ini boleh la diberi melalui blog ini, atau emailkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan